Tuesday, May 11, 2010

" MELAYU BANGKIT '' HARUS DITIDURKAN

Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang akan menganjurkan perhimpunan yang bertema ‘Melayu Bangkit’ pada Khamis, 13 Mei ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kuala Terengganu bagi memperingati peristiwa hitam negara pada 13 Mei 1969 sangat dikesalkan.

Sepatutnya setiap pertubuhan dan individu memain peranan "penyatu" iaitu berusaha ke arah kesejahteraan rakyat dengan membawa konsep perpaduan di bawah satu bumbung dan tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan PM, Najib Tun Razak.

Mengimbau perisiwa hitam yang menconteng sejarah negara yang mana ratusan jiwa kecundang dek keserakahan nafsu untuk terus memerintah tidak menguntungkan negara. Malah ia merupakan suatu langkah ke belakang. Walhal negara sepatutnya dibawa ke hadapan bagi menghadapi cabaran global yang mencengkam.

Penganjuran tersebut tidak akan menguntungkan sesiapapun hatta orang Melayu. Apakah laba yang dapat dipungut dari penganjuran tersebut selain menghasilkan perasan kecurigaan antara kaum? Akan majukah Melayu dengan memperingati peristiwa tersebut?

Keterlibatan mantan PM dalam majlis tersebut dan 'keterlibatannya' dalam peristiwa hitam tersebut pada 1969 dulu akan hanya membangkitkan lagi rasa kebencian rakyat terhadap beliau. Sepatutnya sebagai seorang negarawan yang dihormati, beliau menjauhkan diri dari upacara tersebut. Keterlibatan beliau dengan Perkasa juga telah mencalar imejnya yang sememangnya tercalar setelah berlaku kemelut semasa pemerintahannya yang menjadi suatu rekod negara.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika timbul anggapan bahawa segala "busung" yang dihadapi negara adalah berpunca dari mantan PM. Kerakusan rasuah, kecelaruan kehakiman dan kebobrokan politik hari ini berpunca dari beliau walaupun seribu kali cuba dinafikan.

Maka adalah wajar perhimpunan yang dijadualkan itu dimatikan begitu saja supaya negara dapat terus mara dengan lebih sejahtera. Biarkanlah peristiwa hitam tersebut berlalu sebagai satu sempadan dan bukan teladan.

Saturday, May 8, 2010

'Bergaul' dengan bukan Melayu: Umno hilang punca

  

Jimadie Shah Othman
Mei 8, 10
11:24am

Selepas diarahkan 'bergaul' dengan masyarakat bukan Melayu, pemimpin akar umbi Umno dilihat masih tercari-cari arah dan seolah-olah hilang punca bagi melaksanakan arahan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak itu.

Terdapat daripada kalangan mereka yang mendakwa telah cuba melakukannya – termasuk menghadari aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan golongan bukan Melayu - tetapi masih gagal menarik kembali sokongan masyarakat berkenaan kepada BN.

Manakala sebahagian pihak lagi berpendapat parti komponen bukan Melayu - seperti MCA dan MIC - tidak harus hanya bergantung kepada Umno semata-mata untuk menarik kembali sokongan Cin dan India kembali ke BN.

Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berpendapat budaya “aku jaga orang aku, kau jaga orang kau” harus berubah jika BN mahu mendapatkan kembali sokongan bukan Melayu.

“Dulu masa dalam Perikatan dulu boleh bersama-sama. Sekarang ini kelam kabut sedikit. Sekarang ini ada yang terlampau pentingkan diri sendiri,” katanya kepada Malaysiakini.

Awal minggu ini, Najib dilaporkan mengarahkan semua pemimpin Melayu supaya juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya bagi menarik kembali sekurang-kurangnya 50 peratus sokongan pengundi Cina.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (kiri) dilaporkan berkata arahan itu dibuat oleh Najib yang juga presiden BN ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang.

Bagi Ketua Umno Kampar Datuk Mohd Radzi Manan, Umno mesti mula mengagihkan tugas-tugas dan aktiviti yang dijalankannya kepada MIC dan MAC dan sekadar mengawasinya sahaja.

“Kalau dulu, kebanyakannya kita yang buat. Macam di tempat saya (Kampar) sekarang, kita buat liga bola sepak, saya minta MIC uruskan. Saya monitor sahaja.

“Larian bendera (sempena bulan kemerdekaan) Ogos ini, saya serahkan pada MCA,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo pula berkongsi pandangan yang hampir sama dengan Mohd Radzi.

Ketika dihububungi Malaysiakini walaupun menyambut baik arahan Najib itu, Ismail berharap akan wujudnya penyelarasan yang lebih baik antara Umno dan parti-parti bukan Melayu lain dalam BN.

“Memang selama ini pun kita pergi kenduri, orang meninggal (kaum lain). Kalau tak boleh makan pun, kita ambil limau sahaja.

“Tetapi kenduri contohnya, kalau orang tidak ajak, takkan kita hendak pergi. Di sinilah peranan MIC dan MCA,” katanya.

Ismail juga menjelaskan, usaha tersebut tidak begitu rancak sebelum ini kerana mereka tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, bagi seorang lagi pemimpin bahagian Umno, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.

Menurut ketua Umno bahagian Kapar itu, bagi meraih kembali sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina bukan semata-mata melalui aktiviti 'bergaul' dengan mereka semata-mata.

“Perkara ini kita sudah buat lama sudah. Sampai tokong pun saya pergi. Masalahnya sekarang pemimpin atasan kena buat satu dasar yang disukai semua orang,” katanya.

Menurutnya lagi, melalui dasar yang menjamin kemakmuran ekonomi dalam negara, sokongan masyarakat Cina akan kembali ke pangkuan BN.

Abdul Rahman juga berkata, sokongan masyarakat Cina juga boleh diperolehi dengan mendapat kepercayaan pemimpin masyarakat mereka terlebih dahulu.

SUARA HATIKU:  
Mengeluarkan arahan memang mudah tapi melaksanakannya yang payah. Payah kalau tiada keikhlasan dari pelaksana itu sendiri. Kalau benar UMNO berkehendakan apa yang diarah oleh Najib tidaklah akan timbul suara-suara sumbang yang mengugut rakyat dengan peristiwa 13 Mei. Tidak adalah orang yang akan mengelar selain Melayu adalah pendatang dan sebagainya. Tidak adalah pemuda UMNO menjulang keris kontot UMNO untuk dimandikan dengan darah Çina. Malah tidak akan wujud Perkasa jua. 

Tapi itu semua berlaku dan terus akan berlaku sebab UMNO adalah tuan di negara ini dan parti terserbut adalah pembuli dikalangan BN. Kenapa ini semua berlaku? Satu saja sebabnya. Kuasa. Ya, kerana kuasa UMNO sanggup melakukan apa saja. Dan kerana kuasa juga MCA, MIC dan komponen-komponen lain akur. Kenapa kuasa sangat-sangat diperlukan? Dengan kuasa sajalah segala cita-cita dapat dipenuhi. Tanpa kuasa tiada apa satu dapat dicapai. Kuasa memang patut dicari dan dipertahankan, tapi kuasa juga boleh membawa kepada kemusnahan kalau timbul sifat tamak. Ya, sifat inilah yang bermaharajalela sekarang. 

Kerana tamakkan kuasalah maka UMNO menjadi pembuli dan rasis. Sifat-sifat negatif begini datangnya dari musuh manusia. Siapa lagi kalau bukan syaitan? Ya, syaitan berjaya mengalahkan manusia keseluruhannya kecuali mereka yang mukhlis. Ini jaminan Allah. Orang yang ikhlas tak dapat ditawan oleh syaitan dan ternyata golongan ini adalah golongan minoriti. 

Maka dalam politik golongan sebegini sangat sukar ditemui. Hatta dalam parti PAS sendiri sukar ditemui inikan pula dalam UMNO. Jauh semanggang dari api. Bukan tak ada, tapi...

Friday, May 7, 2010

Judi Bola: Perangi, bukan bagi lesen

 

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dilihat "menghalalkan yang haram, demi keuntungan".

Pemuda PAS Wilayah dalam satu kenyataan memberitahu, alasan kerajaan untuk mengeluarkan lesen kerana pertaruhan haram tetap berlaku, tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

"Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi.

"Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudin.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan sedang mempertimbang akan meluluskan lesen judi tersebut.

Beliau memberi alasan, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Negara Malaysia tambah Herman, tidak boleh disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan.

Apatah lagi katanya, perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini.

"Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara," katanya.

Mengulas lanjut Herman berkata, rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak.

Lebih memalukan katanya, apabila yang mahu meluluskan lesen ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.

Tindakan itu ujarnya dikhuatiri mengundang musibah dan kemurkaan dari Allah s.w.t.

"Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut didepan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, Baldhatun toyyibah warabbun ghafur atau negara yang makmur serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah.

"Tetapi dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara ini akan terus mendapat kemurkaan Allah," tambahnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru para Ulama, Majlis Fatwa serta rakyat keseluruhannya bangkit menentang tindakan kerajaan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ini.

SUARA HATIKU:

Kerajaan juga patut mempertimbangkan memberi lesen dan menghalalkan kesemua rumah pelacuran berasaskan rational yang sama sebab kalau tak beri lesenpun pelacuran akan terus  berlaku. Kemudian kerajaan wajar menghalalkan zina dan juga sumbang mahram sebab perkara tersebut terus berlaku walaupun haram. Lebih baik dilesenkan setidak-tidaknya kerajaan dapat hasil. Rasional ini boleh diguna pakai bagi lain-lain maksiat seperti mencuri dan memberi dan mengambil rasuah yang diharamkan oleh Allah. 

Dan orang-orang ini mendabik dada kononnya mereka memperjuang dan mempertahankan Islam sepertimana mereka melarang non-muslim mengguna perkataan ALLAH.

Mereka yakin bahawa dengan melesen dan menghalalkan apa yang Allah haramkan maka gejala dan maksiat tersebut dapat dikawal dan dikurangkan atau dihapuskan. Kalau tidak mengapa mahu dilesenkan judi pertaruhan Piala Dunia? 

Kemudian tunggulah apa bentuk BALA yang akan Allah turunkan. Tak begitu Awang Adek?

Thursday, May 6, 2010

Lagi saksi sahkan kenyataan Azamuddin


 




Jimadie Shah Othman
Mei 6, 10
4:26pm

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.Kha
lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

Pada
27 April lalu - sehari selepas insiden kematian Aminulrasyid, Khalid (kiri) dilaporkan telah mendedahkan butiran kandungan laporan polis saksi utama kes itu, Azamuddin Omar, yang berada dalam kereta bersama arwah, pada malam kejadian tersebut.

Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu.

Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut.

Bercaka
p dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, beliau difahamkam seorang penunggang motosikal tersebut turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tersebut, juga di IPD yang sama.

Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit.

Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini.

Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin.

“Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali.


 Sehubungan itu, Khalid mempersoalkan kenapa “laporan yang telah berada dalam simpanan polis” itu tidak didedahkan kepada umum ketika kerajaan menjamin satu siasatan yang telus akan dilaksanakan dalam kes itu.

“Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.
Sementara itu, Khalid juga menyuarakan kebimbingannya terhadap perkembangan siasatan kes Aminulrasyid di mana Azamuddin telah tiga kali dipanggil memberikan keterangan oleh pihak polis.

Beliau berkata, tindakan itu – terakhir petang semalam – dikhuatiri boleh mendorongnya tersilap membuat kenyataan dan tidak konsisten memberikan jawapan.

"Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?" soal Khalid.
SUARA HATIKU:

Ya, memang orang ramai tertanya-tanya. Kenapa dan apa perlunya kenyataan saksi diambil sehingga tiga kali? Pada tanggapan orang ramai tujuannya ialah supaya saksi memberi keterangan yang berbeza-beza setiap kali keterangannya diambil. Dan ini boleh mengakibatkan keterangan saksi ditolak mahkamah. Itu sajalah tujuannya. Nak nafi lagi?

MCA hits out at Penang opposition chief over ‘May 13’ jibe

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, May 6: Penang Opposition Leader Azhar Ibrahim (he's a Datuk lah! - by me) has come under fire from his own side when the MCA today rapped him over a statement by him warning a repeat of May 13 racial riots.
“After 53 years of Independence, it is disappointing to see that threats are still being flung around the august house. While constructive criticisms are welcomed, threats are not.
"MCA also rebukes Azhar’s statement as they are contradictory to our Prime Minister’s vision of a 1 Malaysia, and as a result, will repel voters from supporting the BN coalition," said MCA deputy publicity chief and central committee member Loh Seng Kok (pic) in a statement today.
Azhar, commenting on the public outcry over the police shooting of teenager Aminulrasyid Amzah in Shah Alam last week, had warned that there would be a repeat of the May 13 riots if the people lost confidence in the authorities, saying the army could takeover if the police did not enjoy public support.
This was followed by demands from Pakatan Rakyat ADUNs in the Penang state assembly calling him to retract the statement. His refusal has resulted in him being referred to the Rights and Privileges committee today.
Loh also said Azhar’s remark that Malay gangsters can "teach a lesson” was “hurtful and insensitive to the feelings of decent Malaysians, as well as an insult to the Malays as it portrays them to be a violent race."
“Azhar’s statement is also seditious as well as it warns of inciting racial riots again. Elected representatives should be reminded that the immunity of the state assembly is not a carte blanche to misuse the freedom of speech which is given,” said Loh.
He also warned that such remarks not only could instill fear into Malaysians who had lived through the Emergency era, but also scare off foreign investment from the state.
“Bearing in mind that many multinational companies park their factories in Penang, Azhar’s miscalculated statements can drive away FDIs,” he added.
Loh, who is a member of MCA Presidential Council, also reminded Chief Minister Lim Guan Eng to avoid making statements on the police shooting incident until the investigations are completed.
“He should let the course of justice take its normal flow without any interruption or interference from external factors,” he said.

SUARA HATIKU:

This is not the first time we hear such threat. In fact it keeps on coming every now and then. And the one who uttered those words before is none other than our 'beloved' prime minister himself. No! No! Not Datuk Seri Najib bin Tun Hj Abdul Razak, but His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad, the fourth PM. Remember? He used to threat us if we don't vote UMNO/BN in? Well, he used the same words. He threatened us with 'May 13th'.

And now if our honourable Datuk Azhar bin Ibrahim uttered the same words, could you blame him? These ''holy words'' will keep on coming as long as UMNO exists. Forget 1Malaysia. It's only sloganeering, nothing more. After all it's engineered by Zionists.

And I've a little advise for MCA and all BN component parties. Leave BN like just suggested by one UMNO division. Believe me you'll have everything to gain. If BN is deserted what could UMNO ALONE do?

Tuesday, May 4, 2010

SPR tidak perlu pemerhati bebas di Sibu


Pemantu Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) atau badan bukan kerajaan yang seumpamanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya keci bagi kerusi Parlimen Sibu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (kiri, berbaju gelap) berkata SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut yang hari penamaan calon akan diadakan pada 8 Mei dan hari pengundian pada 16 Mei, dapat dijalankan secara adil dan telus. 
- Petikan berita Bernama

SUARA HATIKU:  Memang benar SPR tak perlu apa-apa pemantau atau pemerhatipun. Kalau ada pemantau kerja-kerja SPR menjadi lebih sukar. Memang kita akui SPR selalunya siap siaga mempastikan  langkah-langkah terperinci disediakan untuk perjalanan sesuatu pilihanraya. Seperti pilihanraya-pilihanraya yang sudah-sudah, Sibu juga akan menyaksikan perkara-perkara yang sama berlaku seperti yang sudah-sudah. UMNO/BN akan dibantu secukupnya bagi mempastikan  kemenangan pada setiap pilihanraya kecil atau umum. Setiap, salahlaku UMNO/BN SPR akan pejam mata. Kalau ada laporan PR buat kesalahan pilihanraya SPR akan bertindak. Begitu jugalah agensi-agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, SPRM and juga Peguam Negara.

Monday, May 3, 2010

KPN: Jangan Pertikai Tugas Polis

KPN: Jangan Pertikai Tugas Polis - Demikianlah tajuk berita Bernama. Dan memangpun tiada sesiapa yang mempertikai tugas polis. Yang menjadi pertikaian ialah apabila pihak polis bertindak diluar batas kepolisan dalam menjalankan undang-undang. Tidak ada masalah jika polis mengikut piawai yang ditetapkan semasa menjalankan tugas. Tapi kalau polis sudah menjadi "trigger happy"apakah rakyat harus diam? 

Nah, mengugut untuk menarik balik pasukan polis yang bertugas kalau  itu yang "dikehendaki orang ramai" adalah suatu perbuatan yang tidak seharusnya terbit dari seorang ketua polis negara. Orang ramai memang menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan polis untuk menjaga ketenteraman awam. Dan dalam pada itu, dalam pasukan polis tidaklah semua anggotanya taat setia dan terikat dengan prosedur-prosedur kepolisan sepenuh masa dan senantiasa. Sebagaimana tak semua jari-jari tangan kita sama panjang, maka dalam pasukan polis juga tidaklah semuanya malaikat belaka. Mereka manusia seperti manusia-manusia lain juga. Mereka bukan wali-wali atau rasul-rasul yang maksum. Mereka berkemungkinan melanggar 'pantang larang tugasan'. Itu suatu hakikat yang harus diterima semua orang termasuk KPN sendiri.

Jadi, apabila ada berlaku perlanggaran peraturan semasa bertugas kita wajib menerimanya tetapi tidaklah sampai mengabaikan pula kepentingan awam yang termangsa. Yang salah tetap salah. Hitam tidak boleh dikatakan putih. Maka apabila berlaku sesuatu insiden, pihak berwajib harus menjalankan penyiasatan menyeluruh., bukan dengan menuding telunjuk kepada yang disyaki dengan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar. Telah banyak kali berlaku insiden orang awam ditembak polis dan ada yang mati, tetapi polis hanya menyalahkan orang awam. Berbagai tuduhan dibuat sedangkan penyiasatan belumpun berlaku.

Apakah polis mahu orang awam telan bulat-bulat semua "cereka" dan rekayasa polis yang mencari helah untuk mempertahankan diri? Orang awam hanya menuntut keadilan dan tak lebih dari itu. Kalau menteri menyeru oarang ramai supaya berlaku adil kepada polis, begitu juga orang ramai mahu polis berlaku adil kepada orang ramai.

Ada beberapa kes yang belum diselesaikan berhubung dengan tindakan polis yang pada mata orang ramai merupakan tindakan berlebuhan pihak polis. Rakyat dahagakan keadilan. Bagaimana nasib mereka?

Apakah keadilan hanya khusus untuk polis sahaja?