Tuesday, April 27, 2010

Keluarga Juvana Mati Ditembak Polis Tuntut Penjelasan

Ehsan Harakahdaily
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah, 15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.

"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.

"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.

"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.

SUARA HATIKU


Juvana tersebut baru disyaki saja jadi adakah itu sebagai paspot untuk beliau terus dibunuh seperti banyak lagi kes yang membabitkan kaum India, Melayu dan Cina serta warga Indonesia? Kenapakah polis bertindak sebagai hakim? Negara mempunyai undang-undang. Kalau yang disyaki itu dihadapkan ke mahkamah belum tentu ianya akan didapati bersalah. Kalau salah sekalipun mahkamah yang akan menghukum, bukannya polis. Polis sudah lari dari tugas. Maka ada baiknya profession polis dikembalikan ke asalnya.

Tengku Jadian Melenting.....

PRK Hulu Selangor dah selesai dan pemenangnya juga dah diketahui. Macam-macam perkara timbul semasa kempen dan pihak SPR dan polis buat pekak badak terhadap semua aduan PR. Biasalah tu. Tuduh-tuduhan yang timbul semasa berkempen adakala betul dan kadang-kadang cuma meriam kabat. Masing-masing akan menegakkan hujah masing-masing.

Calon PKR, Zaid Ibrahim kata BN menang kerana menyogok pengundi. Tiba-tiba tengku jadian melenting. Tindakan akan difikirkan untuk diambil terhadap Zaid. Apakah tuduhan Zaid tidak berasas? Seantero Malaysia maklum bahawa setiap kali ada pilihan raya kecilkah, umumkah, sogokan politik berlaku. Ianya sudah membudaya. Apakah janji RM3juta yang dibuat Najib bukan sogokan? Apakah RM50,000 yang di durianruntuhkan kepada 100 orang peneroka Felda bukan sogokan, walaupun duit tersebut memang duit mereka? Kenapa baru semasa kempen baru nak bagi walhal perkara tersebut sepatutnya selasai lama dah? Apa pula nak dikatakan tentang tok-tok batin yang dihanyut dan khayalkan wang dan 'booze? Apakah itu semua bukan sogokan?

Perlu apa bising sedangkan itu sudah menjadi budaya UMNO/BN sekian lama? Itulah hakikat yang ada pada UMNO/BN.

Ia samalah juga dengan apa yang berlaku kepada DSAI. AP Permatang Pauh dihukum kerana mendedah 1Malaysia ada persamaan dengan OneIsrael. Apakah perkara tersebut fitnah? Ada buktinya. Dokumennya juga ada tapi masih UMNO menafikannya. Ialah mana ada orang gila mengaku gila? Mana ada pencuri mengaku dengan sukarela? Apa adakah pembunuh Altantuya mengaku bersalah? Kalau semuanya itu jawabnya positif itu tanda ada mana-mana wayar dah putus.

Tapi UMNO masih dalam 'denial mood'. Maka apakah boleh dipercayai UMNO akan berubah? Buat kata sesetengah orang, tobat lahum.