Friday, April 30, 2010

Makhluk Yang Teringin Sangat Nak Bunuh TGNA

Bagi sesiapa yang tersua dengan bajingan ini maka ingat ia bukan seorang manusia. Ia jelmaan syaitan. Jadi, hubaya-hubaya. Makhluk ini tak boleh dibuat kawan sama sekali. Ia adalah musuh manusia sejagat. Ingatlah firman Allah yang membawa maksud: Sesunggyhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata.

Sila anggota PAS buat laporan polis sebab kita nak tengok sejauh mana pihak polis akan beraksi. Kita tak harap polis akan buat siasatanpun.

Aku tak tahu apa didikan agama yang mak bapanya bagi kat dia sehingga dia sampai ke tahap itu. Tapi perkara sebegini tidaklah menghairankan sebab ianya spesis UMNO. Mungkin mak bapanya tak bersalah tapi keterlibatannya dalam UMNO membuat ianya jadi begitu. Tapi aku yakin tak semua pemuda UMNO macam tu. Yang ini mesti kaw-kaw punya pemuda. Jenis ini aku rasa kalau dia ada adik perempuan pasti dia balun punya. Bagi spesis ini istilah haram tak timbul langsung. Membunuh itu suatu perbuatan haram yang mana Allah sendiri telah menyatakan bahawa membunuh seorang hamba Allah tanpa hak bererti membunuh manusia seluruhnya. Jadi niatnya hendak membunuh TGNA sehingga sanggup ke tali gantung adalah suatu niat yang timbul dari spesis syaitan, bukan manusia. Manusia jenis apa ini kalau sanggup menzahirkan niat untuk melakukan maksiat?

Aku harap pemuda tersebut agar cepat-cepat kembali kepada Rabbnya. Astaghfirullah!!!!

Tuesday, April 27, 2010

Keluarga Juvana Mati Ditembak Polis Tuntut Penjelasan

Ehsan Harakahdaily
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah, 15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.

"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.

"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.

"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.

SUARA HATIKU


Juvana tersebut baru disyaki saja jadi adakah itu sebagai paspot untuk beliau terus dibunuh seperti banyak lagi kes yang membabitkan kaum India, Melayu dan Cina serta warga Indonesia? Kenapakah polis bertindak sebagai hakim? Negara mempunyai undang-undang. Kalau yang disyaki itu dihadapkan ke mahkamah belum tentu ianya akan didapati bersalah. Kalau salah sekalipun mahkamah yang akan menghukum, bukannya polis. Polis sudah lari dari tugas. Maka ada baiknya profession polis dikembalikan ke asalnya.

Tengku Jadian Melenting.....

PRK Hulu Selangor dah selesai dan pemenangnya juga dah diketahui. Macam-macam perkara timbul semasa kempen dan pihak SPR dan polis buat pekak badak terhadap semua aduan PR. Biasalah tu. Tuduh-tuduhan yang timbul semasa berkempen adakala betul dan kadang-kadang cuma meriam kabat. Masing-masing akan menegakkan hujah masing-masing.

Calon PKR, Zaid Ibrahim kata BN menang kerana menyogok pengundi. Tiba-tiba tengku jadian melenting. Tindakan akan difikirkan untuk diambil terhadap Zaid. Apakah tuduhan Zaid tidak berasas? Seantero Malaysia maklum bahawa setiap kali ada pilihan raya kecilkah, umumkah, sogokan politik berlaku. Ianya sudah membudaya. Apakah janji RM3juta yang dibuat Najib bukan sogokan? Apakah RM50,000 yang di durianruntuhkan kepada 100 orang peneroka Felda bukan sogokan, walaupun duit tersebut memang duit mereka? Kenapa baru semasa kempen baru nak bagi walhal perkara tersebut sepatutnya selasai lama dah? Apa pula nak dikatakan tentang tok-tok batin yang dihanyut dan khayalkan wang dan 'booze? Apakah itu semua bukan sogokan?

Perlu apa bising sedangkan itu sudah menjadi budaya UMNO/BN sekian lama? Itulah hakikat yang ada pada UMNO/BN.

Ia samalah juga dengan apa yang berlaku kepada DSAI. AP Permatang Pauh dihukum kerana mendedah 1Malaysia ada persamaan dengan OneIsrael. Apakah perkara tersebut fitnah? Ada buktinya. Dokumennya juga ada tapi masih UMNO menafikannya. Ialah mana ada orang gila mengaku gila? Mana ada pencuri mengaku dengan sukarela? Apa adakah pembunuh Altantuya mengaku bersalah? Kalau semuanya itu jawabnya positif itu tanda ada mana-mana wayar dah putus.

Tapi UMNO masih dalam 'denial mood'. Maka apakah boleh dipercayai UMNO akan berubah? Buat kata sesetengah orang, tobat lahum.

Saturday, April 17, 2010

Alahai Shafie Masih Keanak-anakan Anda.

Shafie: Anwar berhubungan baik dengan Barat
Apr 18, 10 8:14am
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak banyak bercakap mengenai Apco Worldwide, syarikat perundingan perhubungan komunikasi antarabangsa yang kononnya milik Israel sedangkan beliau sendiri mendapat sokongan kuat dari Barat dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di dunia sebelah sana.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembangkang yang diketuai Anwar benar-benar sudah ketandusan isu terutama menjelangnya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

"Bukan dia tak tahu kita memperjuangkan orang Islam di Bosnia, orang Islam di Palestin. Siapa yang ada hubungan dengan kuasa barat ini pasal yang bersuara bila kes Anwar timbul ialah 50 orang senator dari Australia (membela Anwar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan cawangan Umno dalam Bahagian Jempol dan Taklimat Pindaan Perlembagaan 2009 di Jempol, semalam.

"Kita sendiri haramkan lawatan pimpinan Israel dari dahulu sebaliknya kita jemput pemimpin Palestin, Yasser Arafat ke sini," katanya.

Di pentas antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia turut lantang membela dan memperjuangkan nasib orang Palestin, katanya.

Pembangkang sejak kebelakangan ini mula mengaitkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rejim zionis melalui syarikat Apco Worldwide dan menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Sementara itu, Shafie menafikan bahawa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada MIC P. Kamalanathan ditentukan oleh Umno.

Katanya, walaupun MIC dilihat lemah selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu tetapi BN termasuk Umno akan sentiasa bersama dengan rakan komponen lain sama ada ketika mereka lemah mahupun kuat.

"Kita pilih anak tempatan di situ, yang dirasai BN begitu bersesuaian, yang mempunyai keupayaan dan kebolehan dan kita yakin ia seorang yang mudah dan boleh mendampingi masyarakat," katanya.

- Bernama

Suara Hatiku: Apalah merapu si menteri ni. Kalau tak cakap lebih bijak, tapi kalau dah cakap macam budak tadika sajalah.

Berhubungan baik dengan barat ke timur ke tentulah baik bagi negara tapi berhubung dengan 'musuh' boleh membawa padah pada negara. Berhubungan dan berintim dengan zionis boleh memusnahkan negara. APCO tu adalah syarikat pegangan zionis, bukan setakat Yahudi saja. Apa nak nafikan kalau semua bukti hitam putih tak dapat disanggah kerajaan BN?

Siapakah pengkhianat negara? Ambil musuh masuk ke dalam selimut masih nak kata betul? Konon perjuangkan Palestin tapi berintim dengan zionis secara sembunyi-sembunyi. Tak sokong Hamas tapi sokong Fatah yang ditolak rakyat Palestin. Sokong Amerika nak pekena Iran. Apa itu sikap negara Islam?

Sudahlah Shafie, politik macam budak-budak hingusan.

Monday, April 12, 2010

Najib declares support for US campaign against Iran


Congratulations! Najib has showed his true colours.



With the courtesy of Harakahdaily at:



WASHINGTON, April 13: Prime Minister Najib Razak, meeting US president Barack Obama on Monday, has agreed with US efforts to isolate Iran over its nuclear power project, making Malaysia the first Muslim country to openly declare its support for Washington's campaign.

"The President and the Prime Minister agreed on the importance of Iran strictly abiding by its obligations under the international nuclear non-proliferation regime," said a statement by the White House.

Washington is leading an effort to toughen sanctions on Iran over its nuclear programme, which the US and allies say is aimed at producing weapons, a charge Tehran has consistently denied.

The statement also said Najib agreed that Iran should be sent a "clear signal".

"The two Leaders also agreed on the need for the international community to send a clear signal to Iran that while it has the right to develop peaceful uses of nuclear energy, Iran should not use this right to develop nuclear weapons capability as stated in UNSC and IAEA resolutions."

It also stated Malaysia's readiness to cooperate with the US in Afghanistan for "capacity building" through the training of police, military personnel and civilian administrators.

Stiff opposition

The US efforts have however met with strong opposition from big powers such as China, Russia, Latin-American countries and Turkey. UN security council members Brazil, Turkey and Lebanon, alongside permanent member China, are expected not to support the next round of sanctions against Iran.

The US's Arab allies have also called for dialogue with Iran, with the Arab Summit in Libya last month showing signs that Washington's strategy on Iran was less likely to get Arab support, especially amid growing fears of Israel's unchecked nuclear arsenal.

Turkish prime minister Recep Tayyip Erdoğan (left) has repeatedly spoken out against attempts by the US and its allies to impose sanctions on Iran, saying that they should instead focus on Israel whose nuclear weapons arsenal has been immune from international scrutiny.

Israel has stayed away from the current nuclear security summit in Washington, fearing Turkey's plan to file a motion demanding that Tel Aviv open its nuclear facilities for international inspection.

First open support by a Muslim government

Malaysia's stance is believed to be the first open support by a Muslim government to US efforts to isolate Iran.

The move is expected to attract strong reactions at home, coming as it does after the government was severely criticised over its refusal to renew the contract of a veteran diplomat last year for voting against a resolution to rebuke Iran.

Mohammed Arshad Manzoor Hussain, the rotating head of the International Atomic Energy Agency (IAEA) and a diplomat with 35 years of experience, was recalled to Kuala Lumpur after he voted in line with the position of members of the Non-Aligned Movement (NAM), which has opposed attempts to isolate fellow NAM member Iran.

Role of Apco

Najib's support for Washington is also expected to fuel speculation over the role of a consultancy firm, Apco Worldwide, in the changing foreign policies of the Malaysian government, which in the past has sided with developing countries and spoken out against US hegemony.

Apco has been in the centre of the storm after revelations by Opposition Leader Anwar Ibrahim over its close links with senior Israeli officials.

On March 22, PAS central committee member Mohamad Sabu questioned whether the firm had a hand in the decision to terminate Arshad's contract.

"As the decision to sack (Arshad), which is an action that is pro-US and pro-Israel, was made at a time when the prime minister and the BN government looked up to Apco for advice and guidance, we cannot help but wonder whether it was the result of the Zionist-dominated firm's influence," said Mohamad Sabu.

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad, in a blog posting last December, had also lent his opposition against Arshad's removal.

"We have never supported any sanction (against Iran). But now, our envoy is recalled to be questioned why he did not support the US," he wrote.


Suara Hatiku: Terang lagi bersuluh. Apa lagi nak dikata? Najib telah mendedah identiti sebenar beliau. Namun Anwar juga yang nak disalahkan.