Tuesday, July 8, 2008

Kerajaan BN Hilang Arah Rakyat Menderita

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mendakwa suasana politik di dalam negara kini berada dalam keadaan tidak menentu ada benarnya. Kerajaan BN ternyata sudah hilang arah.

Langkah mengadakan latihan bersama antara PDRM dan angkatan tentera adalah bagi tujuan mengembeling kuasa bersepadu apparatus kerajaan BN bagi tujuan menghadapi kebangkitan rakyat. Langkah tersebut ternyata suatu langkah melampau dan terdesak pihak kerajaan BN. Angkatan tentera Malaysia adalah berperanan memelihara keselamatan negara dari musuh. Manakala PDRM pula ialah mengawal ketenteraman awam. Apakah kerajaan BN menganggap rakyat sebagai musuh?

Polis berperanan memelihara ketenteraman awam tapi sebaliknya kerajaan BN telah menjadikan PDRM sebagai alat parti UMNO/BN menindas rakyat. Apakah hak menunjuk perasaan dan mengadakan ceramah politik bertententang dengan perlembagan negara dan wajar digunakan pasukan polis untuk menundukkan rakyat? Ternyata kerajaan sudah hilang arah dan fokus. Kerajaan sudah tidak lagi dapat membezakan antara musuh negara dan rakyat jelata yang menunaikah hak yang dijamin perlembagaan negara.

Kerajaan sudah hilang kredibiliti untuk memerintah kerana sudah tidak lagi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dengan secara semberono meningkat harga bahan bakar dan sekaligus memicu kenaikan harga barangan keperluan harian rakyat. Kerajaan tidak perihatin dengan penderitaan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apakah cukup dengan memberi rebat kenderaan yang tak seberapa itu?

Kerajaan membuat rakyat lara namun masih memujuk rakyat supaya mengubah gaya hidup. Walhal pemimpin sendiri bermewah-mewah. Apakah cukup dengan memotong sejumlah kecil elaun keraian para menteri? Kenapa tidak dikurangkan elaun-elaun lain yang lebih besar lagi dari gaji para menteri?

Sekarang suasana politik negara berada dalam keadaan tidak keruan. Pemimpin-pemimpin kerajaan tertentu dituduh terlibat dalam pelbagai skandal. Namun penyelesaiannya tidak nampak. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya pemimpin-pemimpin terbabit mengambil jalan bijak dengan mengundurkan diri bagi meredakan keadaan dan mengekalkan integriti kerajaan. Namun itu tidak akan berlaku di Malaysia. Kita hanya dengar menteri letak jawatan kerana mengambil tanggungjawab di luar negara saja. Menteri-menteri di Malaysia ibarat pelepah pisang yang perlu diruntun apabila sudah tua dan terkulai kerana ia tak akan gugur sendiri seperti upeh atau pelepah kelapa.

Maka adakah Malaysia ini maju dari segi politik? Keadaan politik Malaysia masih di zaman bahari di mana para pemimpin bergayut kepada jawatan hingga ke akhir hayat. Itulah mentaliti pemimpin yang ada hari ini. Namun masih tidak malu-malu mencanang kesana kemari bahawa Malaysia ini negara maju. Ya, benar Malaysia maju. Malaysia lebih maju dari Zimbabwe tapi jauh ketinggalan dari Vietnam.




Saturday, July 5, 2008

Kedudukan Najib Semakin Goyah


Dengan penarikan balik akuan bersumpah Balasubramaniam a/l Perumal yang dibuat tak sampaipun dua puluh emapt jam yang lalu maka dedudukan DS Najib semakin goyah. Setelah namanya dikaitkan dalam kes Altantuya Shaariibuu kini Balasubramaniam telah gostan. Apakah tanggapan rakyat? Mahu tidak mahu nama DS Najib terus terseret.

Ada dua kemungkinan yang berlaku setelah Balasubramaniam dipanggil polis ke balai Brickfields. Kemungkinan pertama nyawanya diancam.

Kemungkinan kedua ia disogok sejumlah angka yang membuatnya tidak perlu bekerja seumur hidup. Tidak ada sesiapapun akan percaya Balasubramaniam dengan sendiri rela hati menarik balik pengakuan bersumpahnya dengan alasan yang sepele. Apakah ia tidak memikirkan implikasinya sebelum membuat pengakuan yang pertama? Apa dungu sangatkah beliau yang telah berkhidmat dengan PDRM selama tujuhbelas tahun?


Katakanlah apapun persepsi rakyat terhadap DS Najib, PDRM dan Peguam Negara amat terjejas. Anggapan rakyat yang dikatakan khabar angin bahawa DS Najib terlibat dalam beberapa kes berat semakin meyakinkan.

Perdana Menteri sepatutnya bijak menangani kemelut ini. DS Najib harus direhatkan buat sementara waktu kalau tidak imej kerajaan yang telah lama tercalar akan lebih parah lagi. KPN dan Peguam Negara juga harus direhatkan.

http://ibnabdhalim.blogspot.com/