Wednesday, June 9, 2010

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".


SUARA HATIKU: Tariklah! Itukan hak mutlak sultan Johor. Tak jadi kudispun kalau tak ada gelaran. Malah gelaran pula kekadang mendatangkan kesusahan.

Tapi harus diingat. Barangsiapa yang dahagakan gelaran kebesaran negeri Johor atau mungkin juga Pahang, pastikan anda tidak menyokong selain daripada UMNO atau BN sebab suatu ketika dulu kedua-dua sultan negeri tersebut telah menyeru rakyat mengundi UMNO/BN. Apakah masih ingat?

1 comment:

iaryylr said...

di malaysia memang pelik2, bila hidup gelaran ditarik jasa di alpa, bila mati gelaran diberi jasa diingati...