Friday, May 21, 2010

JUDI BOLA SEPAK DAN UMNO

Hari ini selepas solat Jumaat, 22 Mei, 2010 berlaku protes di lima negeri terhadap judi bola sepak yang dihalalkan pemimpin UMNO. Ini adalah permula kepada suatu protes yang lebih besar yang akan diadakan pada 3 Julai nanti di mana suatu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Bantahan datang dari golongan penyokong-penyokong PAS(PR) dan NGO Islam. Di Ipoh protes hanya berlaku selama kira-kira sepuluh minit saja apabila pihak polis campurtangan dan menyekatnya. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Di sebalik itu sikap ulamak-ulamak dan penyokong-penyokong UMNO yang terus membisu seribu bahasa dipersoalkan. Semasa kalimah Allah dijadikan isu juak-juak UMNO ini  heboh seluruh negara mempertahankan Islam konon dengan penggunaan kalimah tersebut akan mencemarkan Islam. Kini apabila pemimpin mereka melesenkan judi bola sepak mereka diam membisu. Apakah mereka tidak tahu bahawa judi itu haram, sama haramnya dengan arak sama ada dilesenkan ataupun tidak? Ataupun mereka memang senang atau redha dengan penghalalan judi oleh pemimpin mereka? Sikap membisu mereka menggambarkan bahawa memang UMNO tidak pernah jujur memperjuangkan Islam.

Maka tepatlah sangkaan orang ramai bahawa UMNO adalah parti sekular. Jadi pada UMNO Islam adalah alat semata-mata dan tidak lebih dari itu. UMNO mengambil apa yang menguntungkannya saja tak kira halal atau haram. Perjuangan UMNO hanya bertopengkan Islam maka laungan "Demi bangsa, agama dan negara" adalah kosong semata-mata. 

Kesimpulannya, isu kalimah Allah yang dimainkan UMNO itu hanyalah mainan politik dan tidak ada kena mengena dengan pembelaan terhadap agama. Itu adalah kelentongan UMNO.


No comments: