Sunday, May 16, 2010

RASUAH PILIHANRAYA

Sehingga jam 3.44 ptg peratusan keluar mengundi bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sibu hanya setakat 53.02%. Tak tahulah kalau-kalau pengundi Sibu berlumba-lumba sebelum pusat pengudian ditutup pada jam 5 petang nanti. Tapi bagi kawasan yang dah ditutup peratusan yang keluar mengundi tidak memberangsangkan. Telahlan SPR untuk mencapai 80% kadar keluar mengundi akan meleset.

Walau bagaimanapun terima kasih kepada pengundi-pengundi Sibu yang keluar menunaikan tanggungjawab anda.

Nampaknya pilihanraya Sibu ini menyaksikan rasuah pilihanraya semakin parah. Ia lebih parah dari apa yang berlaku di Hulu Selangor. Sogokan kewangan dan projek menjadi-jadi seolah-olah rasuah dalam pilihanraya bukan satu kesalahan. Perdana Menteri memang anak jantan kerana tak takut langsung untuk merasuah para pengundi.

Hairan dan ajaib SPRpun tak kisah. Perbuatan jijik sebegini tidak menjadi kudis kepada SPR. Maka kalau diandaikan SPRpun rasuah janganlah ada pegawai SPR melenting.

Perbuatan merasuah pengundi adalah suatu kesalahan tapi kalau mata dipejam apabila berlaku rasuah apa lagi nak diharapkan kepada agensi penguatkuasaan. Maka kecewalah rakyat dimainkan pemimpin mereka. Apakah pemimpin sedemikian bermaruah?

Nampaknya pemimpin kerajaan hari ini sudah hilang harga diri demi untuk mempertahankan kuasa. Kalau rasuah boleh bermaharajalela sedemikian rupa apa lagi harapan yang ada untuk rakyat?

Sila tonton video dari link berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=LwNLT428PqU

No comments: