Thursday, February 25, 2010

Peri Perjuangan UMNO Dan UMNO Pulau Pinang

UMNO sebuah parti perkauman yang kini semakin terdesak ‎untuk menarik semula sokongan orang Melayu yang telah ‎berpindah selera sanggup melakukan apa saja asalkan ‎hasratnya tercapai. Apa yang tidak dilakukan UMNO untuk ‎tujuan itu? Ia menggunakan segala alat dan agensi ‎kerajaan untuk kepentingannya. PDRM,sebuah badan ‎penguatkuasa undang-undang tidak terlepas dari ‎cengkamannya. Agak sedih juga memikirkan akan nasib ‎saudara-saudara kita yang bertugas sebagai anggota polis ‎tapi telah diperguna oleh ketua-ketua mereka untuk ‎kepentingan politik UMNO.‎

Kini pihak polis menyibukkan diri dengan memburu ‎anggota parti yang tak mesra UMNO. Macam-macam ‎dilakukan untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat yang ‎memerintah empat negeri. Ahli parlimen PR dikerah ke ‎balai untuk diambil keterangan kononnya telah melakukan ‎beberapa kesalahan. Kononnya AP dan Adun PR telah ‎melanggar akta itu dan ini. Namun yang terang-terangan ‎melanggar undang-undang negara tak diambil pusingpun. ‎Bukan apa, sebab mereka dari UMNO atau BN. Cukup ‎besar lesen UMNO/BN, boleh lakukan apa saja tapi polis ‎tak ambil pusing. ‎

Bayangkanlah dek kerana RM2,400.00, Teoh Beng Hock ‎boleh hilang nyawa. Itupun bukan sebagai tertuduh tapi ‎hanya sebagai saksi saja. Sedangkan 'istana' Toyo bernilai ‎RM24 juta tak disiasatpun. Itu hanya satu contoh saja tapi ‎banyak lagi yang terang-terang menyalahi undang-undang ‎tak jadi kudis sedikitpun.‎

Pejabat Peguam Negara pula sibuk melacurkan diri demi ‎kepentingan UMNO. Tak kurang pula badan kehakiman. ‎Semua menurut kehendak UMNO. Habis undang-undang ‎doirogol dan diliwat demi meneruskan kesinambungan ‎UMNO yang ternyata korup itu. Apakah mereka tidak terfikir ‎bahawa semua itu akan berakhir pada suatu hari nanti. ‎Tidakkah telintas dihati mereka bahawa pada suatu hari ‎apa yang mereka lakukan hari ini akan terhempas ke atas ‎kepala mereka? Apakah mereka menganggap Allah tidak ‎tahu? Adakah Allah tidak berkuasa? Air laut ada pasang ‎surutnya. Kemarau yang panjangpun akan berakhir juga. ‎Apakah mereka fikir mereka boleh terlepas begitu saja. ‎Apakah mereka tak takut akan balasan? Balasan rakyat di ‎dunia dan balasan Allah di akhirat?‎

Mungkin juga mereka tak takut sebab bagi sesetengah ‎mereka tiada balasan akhirat. Bak kata Mahathir dulu, ‎apabila mati habislah. Mana ada apa-apa lagi? Tak ‎percaya akan akhiratlah tu. Tapi takkan semua faham ‎macam tu?‎

UMNO bermain dengan beberapa isu untuk terus relevan ‎tapi ternyata masa tidak meyebelahinya lagi. Ia bermain ‎dengan isu penggunaan nama Allah, isu itu kantoi. Ia ‎beralih ke isu perarakan maulid Rasul, juga terkantoi. Ia ‎mainkian isu Melayu Pulau Pinang terpinggir. Ternyata ‎terkantoi juga. Semua orang, termasuk orang Melayu tahu ‎yang meminggirkan orang Melayu Pulau Pinang ialah ‎UMNO sendiri. Yang pura-pura tak tahu ialah Melayu ‎UMNO. Yang menjual maruah Melayu Pulau Pinang ialah ‎UMNO. UMNO sibuk memenuhi kantong sendiri ‎sehinggakan tanah sekangkang kera milik Melayu habis ‎terlepasa ke tangan taukeh-taukeh besar. Siapakah broker-‎broker yang memujuk supaya tanah-tanah tersebut dijual? ‎

Kalau benar UMNO ingin memperjuangkan Melayu kenapa ‎tidak diusahakan supaya tanah-tanah wakaf dan tanah-‎tanah Melayu yang bermasalah diambil alih oleh kerajaan ‎atau agensi-agensinya untuk dibangunkan? Kenapa ‎dibiarkan perpindahan milik kepada bukan Melayu?‎
Sebenarnya UMNO telah sampai ke penghujung hayat. ‎Apa jua tindakannya menjadi majal. Sebenarnya UMNO ‎boleh kekal dan memerintah lebih lama lagi kalau ia bener-‎benar perjuangkan nasib rakyat keseluruhannya, bukan ‎saja Melayu. Tapi oleh kerana agenda peribadi lebih ‎penting maka syaitan-syaitan mereka membisikkan supaya ‎mereka memperjuangkan nafsu shahwat mereka. Mereka ‎menimbunkan khazanah negara sebagai harta peribadi ‎mereka. Bak kata Mahathir: “Semasa menjadi perdana ‎menteri selama 22 tahu sesenpun duit rakyat saya tak ‎ambil.” Separuh benar bunyinya. Memang satu sen dia tak ‎ambil, tapi lebih.....! ‎

Baru-baru ini saya tersua dengan seorang kawan lama. ‎Dulu dia seorang guru tetapi telah letak jawatan dan ‎berkhidmat sebagai pembantu Timbalan Ketua Menteri ‎Pulau Pinang yang kalah di Sungai Bakap. Dia orang MIC. ‎Saya bertanya kepadanya apa dia buat sekarang? Dia kata ‎dia menjaga harta bekas YB di Relau, Kedah. Saya tak ‎ingat berapa hektar kebun sawit yang dijaganya tapi dia ‎ada merungut. Bekas YB membina sebuah ‘mahligai’ di ‎atas bukit siap dengan bekalan api dan air. Kalau orang ‎biasa kemudahan tersebut tentu tak dapat. Ternyata pihak ‎TNB dan pihak berkuasa air Kedah ‘tunduk’ di bawah ‎‎‘kuasa bekas YB. Saya juga diberitahu bahawa bekas YB ‎ada sebuah rumah di Perth bernilai jutaan ringgit. Wow! ‎Dari mana ambil duit? Jawabnya, sebelum jadi YB dah ada ‎dah. Masa tu dia cuma seorang pegawai kerajaan, tapi ‎UMNO. Lihatlah betapa mudahnya mengumpul wang kalau ‎UMNO. Tak tahulah sama ada haram atau halal tapi kalau ‎diukur dengan gaji pegawai kerajaan, susah nak beli rumah ‎bernilai jutaan ringgit kat Australia tu.‎

Suatu ketika dulu kecoh UMNO Jelutong membantah Pak ‎Lah, tetapi apabila masyuuuukk, soh. Benar UMNO akan ‎berjuang. Ia berjuang untuk kepentingannya seperti ‎bisingnya UMNO Pulau Pinang dulu dan hari ini. ‎

Marahnya UMNO hingga mengoyak surat jemputan ‎berdebat. Marahkah takut? Takut terlondeh kain? Buatlah ‎alasan hanya ingin berdebat dengan LGE saja. Alasan!‎

Sejurus selepas kerajaan Pulau Pinang berpindah ke ‎tangan PR riuh UMNO menjaja ke sana ke mari:‎

‎“Puaslah hati hangpa la ni bagi Pulau Pinang kat Cina!”‎
‎ ‎
Amboi! Cantiknya bahasa. Apa Wong Pau Nee(mendiang), ‎Lim Chong Eu dan Koh Tsu Koon tu Melayukah? Apabila ‎tiba giliran Lim Guan Eng, top, top bertukar jadi Cina? ‎Hangpa mengaji sekolah apa? Mandomnya otak. Patutlah ‎Melayu Pulau Pinang hanyut, no?‎

Pendek kata UMNO akan cari apa saja isu untuk terus ‎relevan, namun keadaan sudah berubah. UMNO akan ‎hanyut dibawa arus kesedaran rakyat. ‎