Jimadie Shah Othman
Mei 8, 10
11:24am
Selepas diarahkan 'bergaul' dengan masyarakat bukan Melayu, pemimpin akar umbi Umno dilihat masih tercari-cari arah dan seolah-olah hilang punca bagi melaksanakan arahan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak itu.
Terdapat daripada kalangan mereka yang mendakwa telah cuba melakukannya – termasuk menghadari aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan golongan bukan Melayu - tetapi masih gagal menarik kembali sokongan masyarakat berkenaan kepada BN.
Manakala sebahagian pihak lagi berpendapat parti komponen bukan Melayu - seperti MCA dan MIC - tidak harus hanya bergantung kepada Umno semata-mata untuk menarik kembali sokongan Cin dan India kembali ke BN.
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berpendapat budaya “aku jaga orang aku, kau jaga orang kau” harus berubah jika BN mahu mendapatkan kembali sokongan bukan Melayu.
“Dulu masa dalam Perikatan dulu boleh bersama-sama. Sekarang ini kelam kabut sedikit. Sekarang ini ada yang terlampau pentingkan diri sendiri,” katanya kepada
Malaysiakini.
Awal minggu ini, Najib dilaporkan
mengarahkan semua pemimpin Melayu supaya juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya bagi menarik kembali sekurang-kurangnya 50 peratus sokongan pengundi Cina.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (
kiri) dilaporkan berkata arahan itu dibuat oleh Najib yang juga presiden BN ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang.
Bagi Ketua Umno Kampar Datuk Mohd Radzi Manan, Umno mesti mula mengagihkan tugas-tugas dan aktiviti yang dijalankannya kepada MIC dan MAC dan sekadar mengawasinya sahaja.
“Kalau dulu, kebanyakannya kita yang buat. Macam di tempat saya (Kampar) sekarang, kita buat liga bola sepak, saya minta MIC uruskan. Saya monitor sahaja.
“Larian bendera (sempena bulan kemerdekaan) Ogos ini, saya serahkan pada MCA,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo pula berkongsi pandangan yang hampir sama dengan Mohd Radzi.
Ketika dihububungi
Malaysiakini walaupun menyambut baik arahan Najib itu, Ismail berharap akan wujudnya penyelarasan yang lebih baik antara Umno dan parti-parti bukan Melayu lain dalam BN.
“Memang selama ini pun kita pergi kenduri, orang meninggal (kaum lain). Kalau tak boleh makan pun, kita ambil limau sahaja.
“Tetapi kenduri contohnya, kalau orang tidak ajak, takkan kita hendak pergi. Di sinilah peranan MIC dan MCA,” katanya.
Ismail juga menjelaskan, usaha tersebut tidak begitu rancak sebelum ini kerana mereka tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, bagi seorang lagi pemimpin bahagian Umno, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.
Menurut ketua Umno bahagian Kapar itu, bagi meraih kembali sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina bukan semata-mata melalui aktiviti 'bergaul' dengan mereka semata-mata.
“Perkara ini kita sudah buat lama sudah. Sampai tokong pun saya pergi. Masalahnya sekarang pemimpin atasan kena buat satu dasar yang disukai semua orang,” katanya.
Menurutnya lagi, melalui dasar yang menjamin kemakmuran ekonomi dalam negara, sokongan masyarakat Cina akan kembali ke pangkuan BN.
Abdul Rahman juga berkata, sokongan masyarakat Cina juga boleh diperolehi dengan mendapat kepercayaan pemimpin masyarakat mereka terlebih dahulu.
SUARA HATIKU:
Mengeluarkan arahan memang mudah tapi melaksanakannya yang payah. Payah kalau tiada keikhlasan dari pelaksana itu sendiri. Kalau benar UMNO berkehendakan apa yang diarah oleh Najib tidaklah akan timbul suara-suara sumbang yang mengugut rakyat dengan peristiwa 13 Mei. Tidak adalah orang yang akan mengelar selain Melayu adalah pendatang dan sebagainya. Tidak adalah pemuda UMNO menjulang keris kontot UMNO untuk dimandikan dengan darah Çina. Malah tidak akan wujud Perkasa jua.
Tapi itu semua berlaku dan terus akan berlaku sebab UMNO adalah tuan di negara ini dan parti terserbut adalah pembuli dikalangan BN. Kenapa ini semua berlaku? Satu saja sebabnya. Kuasa. Ya, kerana kuasa UMNO sanggup melakukan apa saja. Dan kerana kuasa juga MCA, MIC dan komponen-komponen lain akur. Kenapa kuasa sangat-sangat diperlukan? Dengan kuasa sajalah segala cita-cita dapat dipenuhi. Tanpa kuasa tiada apa satu dapat dicapai. Kuasa memang patut dicari dan dipertahankan, tapi kuasa juga boleh membawa kepada kemusnahan kalau timbul sifat tamak. Ya, sifat inilah yang bermaharajalela sekarang.
Kerana tamakkan kuasalah maka UMNO menjadi pembuli dan rasis. Sifat-sifat negatif begini datangnya dari musuh manusia. Siapa lagi kalau bukan syaitan? Ya, syaitan berjaya mengalahkan manusia keseluruhannya kecuali mereka yang mukhlis. Ini jaminan Allah. Orang yang ikhlas tak dapat ditawan oleh syaitan dan ternyata golongan ini adalah golongan minoriti.
Maka dalam politik golongan sebegini sangat sukar ditemui. Hatta dalam parti PAS sendiri sukar ditemui inikan pula dalam UMNO. Jauh semanggang dari api. Bukan tak ada, tapi...